Wednesday 7 October 2015

5 Seni Tidur Menurut Islam Yang Patut Anda Tahu


Tidur sesuatu yang menakjubkan. Ianya sebahagian dari kematian. Tidur dapat merehatkan jiwa dan akal serta menyegarkan perut dan badan. Sesungguhnya manusia itu lemah, maka berehatlah dengan tidur. Itulah hikmah diciptakan malam sebagai waktu tidur.
Tidur adalah salah satu keperluan terpenting bagi tubuh dan jiwa kita. [SC41]
Tidur adalah salah satu keperluan terpenting bagi tubuh dan jiwa kita. [SC41]
“Dan Kami jadikan tidurmu untuk istirehat.”Surah an-Naba`, ayat 9

#1 – Dari Jam 9 Malam Hingga 12 Tengah Malam (Selepas Isyak)

Tidur pada waktu ini adalah tidur yang paling berkualiti. Seseorang boleh mendapatkan sehingga 80% tidur nyenyak semasa tempoh ini. Tempoh masa selama 3 jam ini mempunyai ‘keberkatan” di dalamnya. 1 jam tidur bersamaan dengan 3 jam. Anda bakal mendapat tidur yang sangat berkualiti.
Berdasarkan kajian saintifik, semasa tempoh masa ini, badan kita akan mengeluarkan sejenis hormon yang dinamakan sebagai Melatonin. Hormon ini sebenarnya membantu kita untuk tidur dengan mudah. Namun, hormon ini hanya akan terhasil jika tempat tidur kita gelap dan badan kita dalam keadaan relaks. Hormon ini akan berkurangan selepas umur kita 40 tahun dan akan berhenti terhasil pada umur 50.

#2 – Dari Jam 12 Tengah Malam Hingga 2 Pagi

Tempoh masa ini memberikan kita sebanyak 20% tidur nyenyak. Selebihnya hanyalah tidur yang diselangi mimpi, dan ianya tidak begitu memberi manfaat kepada kualiti tidur kita. 1 jam tidur hanya bersamaan dengan 1 jam.

#3 – Dari Jam 2 Pagi Hingga 5 Pagi (Sebelum Subuh)

Waktu ini ialah masa yang paling baik untuk kita menghafal, mengingati Allah dengan berzikir dan beristighfar. Waktu ini juga sesuai untuk latihan tumpuan mental kita agar lebih mudah fokus dalam aktiviti seharian.

#4 – Siang (Selepas Subuh)

Waktu tidur ini sangat tidak berkualiti. Tidur selama 3 jam hanya bersamaan 1 jam sahaja kualitinya. Hal ini disebabkan tiadanya “kerberkatan” tidur pada waktu ini. Tidur pada waktu ini hanya membuatkan produktiviti harian menurun dan mengurangkan fokus.

#5 – Dari Waktu Selepas Subuh Hingga Matahari Terbit

Kita tidak digalakkan untuk tidur pada waktu ini. Hal ini kerana, ketika waktu ini, badan kita menghasilkan hormon Serotonin. Hormon ini berfungsi untuk menjadikan kita lebih relaks dan gembira dalam memulakan kehidupan seharian. Kekurangan hormon ini akan menyebabkan kita mudah tertekan dan melemahkan fungsi imun badan.
Lebih elok sekiranya kita terus duduk dan berzikir selepas Subuh sehinggalah terbit matahari kerana pada waktu inilah hormon Serotonin mula dihasilkan. Selain berzikir, waktu ini juga sesuai untuk kita membuat perancangan dan keutamaan yang perlu dilakukan pada hari tersebut. Jika hendak melakukan senaman pagi, seeloknya dilakukan setelah matahari terbit.

Rumusan

Tidur adalah salah satu keperluan terpenting bagi tubuh dan jiwa kita, sekaligus merupakan nikmat dari Allah SWT yang tidak ternilai buat kita. Jangan ambil mudah akan kepentingan tidur. Mungkin ada dalam kalangan kita yang seringkali tidur lewat atau langsung tidak tidur pada malam hari.
Ianya seolah-olah sudah berlawanan dengan tuntutan dan aturan biologi dalam badan kita.
“Dialah yang menjadikan untukmu malam sebagai pakaian, dan tidur untuk istirahat, dan Dia menjadikan siang untuk berusaha.”QS. Al-Furqan: 47

No comments:

Post a Comment